| SAHABAT DIKAU SELAMANYA |
SAHABAT DIKAU SEGALANYA
Tika aku berdiri kaku sendirian,
aku keseorangan,
aku resah,
aku gelisah,
kemana harus aku tempuh
untuk aku menyusuri jalan-jalan berliku dihadapanku,
Lalu aku menangis,
aku meratap
hingga airmata mula bergenang dan menitis membasahi pipiku,
aku keseorangan,
aku kesepian,
Namun kini,
pabila aku pandang di kiri dan kanan ku,
deretan insan berdiri disebelahku,
memberikan aku anjakan paradigma,
dalam hidupku,
Temanku,
dikau segalanya,
tanpamu aku bagai hidup di awang-awangan,
Sahabatku.....
Kehadiranmu memberikan aku nafas baru buatku,
sepi ini terjawab dek keberadaanmu,
aku tidak lagi sepi,
aku tidak lagi sunyi,
Sahabat dikau segalanya.
Sahabatku.....
aku percaya kau juga resah tanpaku,
aku tahu kau juga perlukan aku,
kini aku hadir sebagai temanmu,
hadir untuk menyerikan kehidupanmu,
hadir untuk kesusahan dan kesenangan mu,
kerana aku sahabatmu.
Sahabatku....
wajah ayumu,
senyum manismu,
tawa girangmu,
buat aku terharu adanya
teman seperti kamu,
Sahabat dikau segalanya.
Sahabatku....
langkahmu semangat bagiku,
kekuatanmu,
kekuatan bagiku,
walau aku jatuh dan rebah menyembah bumi
diasak keadaan memaksa,
kau tenang berdiri memberi aku sokongan,
Sahabatku dikaulah segalanya.
Ek ladki thi thi wani si,
seorang perempuan berdiri didepan mataku,
vo hai mere dost,
itulah sahabatku,
Ek ladki pe vo mar thi thi,
nazrey chukha ke,
syarma ke,
gallio se guzar thi thi,
chori chori chupke chupke,
jit thi ya le ka kar thi thi,
kuch kehna ja yeh tu tusko,
jaane ki si dar thi thi,
jab bhi mil thi thi mujhse,
mujhse pooja kar thi thi,
pyaar ki si hota,
yeh pyaar ki si hota hai,
aur me sirf yeh ke ba tha tha.
Sahabatku....
pandanglah daku,
jangan dikau ragu tika bersamaku,
aku ada disini,
aku masih disini,
jika sesuatu berlaku antara kita,
hidup pasti bergelora,
aku pinta,
aku merayu padamu sahabatku,
agar kau sentiasa disisiku,
bagaimana diperkatakan cinta,
adakah ini cinta,
atau aku hanya aku sahaja,
mujhe dosti karoge?
sudikah dikau menjadi sahabatku?
mere dost,
sahabat-sahabatku,
Tumhare mere jaane,
dikaulah hidupku,
kerana engkau sahabatku,
dikau segalanya.
special 4 my lovely frenz dr aku kecik sampai laa aku di usia sekarang ini..,andai aku terlanjur kata,maafkan aku sahabatku,andai aku sering buat kamu semua sakit kepala,maafkan juga silapku,andai suatu hari aku lupa pada asal usulku,insafilah aku,dan andai tiba hari kebahgiaanku dan aku tidak mengundangmu,datanglah padaku kerna dikau tetap sahabatku,dan andai aku pergi dulu sebelummu,aku pinta iringilah aku kepusaraku dengan doa dan keampuanmu sebagai sahabatku..Tq sahabat-sahabatku,dikau segalanya.
hg join ye?
BalasPadamWahhh! best la sajak yang hang buat nie.. boleh aku copy tak untuk koleksi aku?
BalasPadam